Setiap emas yang telah dibeli atau dipakai dianggap “emas terpakai”, manakala bagi emas yang sedang dipamerkan dikedai-kedai emas, dianggap adalah emas baru. Harga emas terpakai adalah berbeza lebih kurang ~30% berbanding harga emas baru. (bergantung kepada mutu emas). Tips berikut tidak dapat membantu anda untuk menaikkan harga emas terpakai lebih dari emas baru, tetapi ia dapat mengurangkan lost 30% tersebut semasa anda berhasrat untuk menjual emas.*Tips
1. Penjual harus mencari buyer yang sesuai, berikut adalah senarai pembeli yang disusun untuk dari harga lebih rendah kepada yang lebih tinggi.kedai pajak < kedai emas < pembeli emas < pelebur < kawan2*biasanya pelebur tidak akan menerima penjual yang tidak dikenali.
2. Jika penjual ingin menjual dengan kerugian yang minima, penjual boleh bertanya kepada rakan-rakan anda dahulu, jika mereka berminat untuk membeli emas anda pada harga tertentu, penjual boleh meletakkan harga yang difikirkan sesuai.
3. Sentiasa simpan sijil/resit emas yang dibeli untuk anda mengetahui mutu emas dan berat item tersebut. Walaupun begitu, kadang-kadang emas yang dibeli tidak semestinya mempunyai mutu seperti yang dicatit didalam kertas tersebut. Tetapi ia penting untuk penjual sekurang-kurangnya mengetahui item anda dan memudahkan urusan jual beli nanti.
Pastikan item anda mempunyai cop. Emas yang tidak mempunyai cop akan dikira sebagai emas paun.
4. Up-to-date dengan harga emas semasa, anda boleh melayari website seperti www.kitco.com untuk mengetahui harga emas terkini. Bagaimanapun anda boleh perhatikan, harga emas terpakai adalah lebih rendah sebanyak ~30% dari harga emas baru.
5. Pastikan anda akan dibayar secara tunai dan segera (instant) sebaik sahaja item anda diserahkan.
6. Datang sendiri ke tempat pembeli, supaya harga emas anda tidak dikenakan caj perjalanan oleh pembeli
Hubungi Kami EMAS KAJANG TRADING
Ditalian 03-8737 9327
Atau Hubungi :En.Azam+6016-2752000 (SELANGOR)/
En. azwan +6019-2330355 (KL)