Archive for the ‘Uncategorized’ Category

artikal ini dari KOSMO 10/02/2010

Pelabur Skim Emas Kena Tipu Rugi RM25 Juta….

GEORGE TOWN -Keghairahan 60 pelabur untuk memdapatkan keuntungan segera dengan menyertai satu skim pelaburan emas yang dijalankan oleh sebuah syarikat lebur apabila kesemuanyamereka dperdaya dan mengalami kerugian kira-kira RM25 juta.

Modus operandi syrikat itu menjual jongkong emas seberat satu kilogram dengan harga di antara RM135,000 dan RM150,000.

Ketua jabatan siasatan jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, syarikat itu turut menawarkan dividen tigaperatus sebulan kepada pembeli sebelum di tawar menjualnya semula pada bulan ketiga.

Bagaimanapun katanya,apabila pembeli bersetuju menjual dan telah menyerahkan jongkong emas mereka, Wakil syarikat terbabit lesap bersama jongkong tersebuttanpa membuat bayaran.

“Siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) dan BANK NEGARA.

“Setakat ini, 30 laporan diterima dan kita telah menahan tiga lelaki dan sedangmengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan,”ujarnya kepada pemberita semalam.

EMAS KAJANG TRADING
( 001825702-T )


KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 – 950 – 916 – 90% – 835 – PAUN – 750 – 585 / MC – SUASA DAN EMAS PUTIH…

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM
PJBAT : 03-8737 9327 H/P 016-275 2000 / 019-233 0355
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :
Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

MELAKA :
Alor Gajah , Bandar Melaka , Masjid Tanah , Peringgit

JOHOR :
Bandar Johor Baharu , Lakin Perdana

PAHANG :
Bentong , Raub , Temerloh , Kuala Lipis , Kuantan

PERAK :
Bagan Datoh, Telok Intan, Bidor, Tanjung Malim , Kampar, Ipoh

PENANG : Butterworth , Seberang Prai , Kepala Batas

KEDAH :
Alor Star , Jitra 2 , Shahab Perdana , Kuala Kedah , Langkawi

sila layari : http://www.emaskajang.blogspot.com

Selasa, 27 Oktober 2009  

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
(Yang mengikuti pelancaran kursus Penggredan Berlian Yapeim di Institut Gemologi Paramita, Jakarta, Indonesia, baru-baru ini)

HANYA Jauhari mengenal manikam…” Semua daripada kita pernah mendengar pepatah Melayu tersebut yang bermaksud hanya mereka yang pakar sahaja mampu membezakan antara batu permata atau berlian yang asli.

Sememangnya kerja-kerja mengenali barangan kemas tersebut bukanlah mudah kerana galian yang berasal dari perut bumi tersebut juga mempunyai versi tiruan yang sekali lihat seakan-akan sama bentuknya.

Sehubungan itu, apabila Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ingin memberi peluang kepada masyarakat untuk menggadaikan berlian mereka kepada pajak gadai Ar-Rahnu miliknya, cabaran utamanya ialah melahirkan pakar menilai berlian.

Ketua Pengarah Yapeim, Dr. Abd. Malek Awang Kechil berkata, pengenalan perkhidmatan gadaian berlian yang ditawarkan oleh Yapeim itu menjadikan Ar-Rahnu sebagai pajak gadai pertama di negara ini menerima berlian sebagai barang gadaian.

Katanya, berlian adalah permata yang unik dan kebanyakan barang kemas diikat dengan batu tersebut tetapi apabila digadaikan, nilai yang dikira hanyalah emasnya sahaja.

“Sehubungan itu, kita mahu memberi lebih nilai kepada pelanggan dengan pengenalan perkhidmatan gadaian emas dan berlian secara bersama,” kata Abd. Malek.

Katanya, bagaimanapun, kakitangan Ar-Rahnu perlu mempunyai kepakaran dalam menilai berlian terlebih dahulu sebelum perkhidmatan tersebut boleh ditawarkan kepada orang ramai di kesemua pajak gadainya.

Sehubungan itu, Yapeim telah mengadakan kerjasama latihan bersama Institut Gemologi Paramita di Jakarta yang mempunyai makmal batu permata dan kepakaran dalam bidang latihan mengenali berlian dan lain-lain permata.

Untuk latihan di Paramita, seramai 70 kakitangan Yapeim akan menghadiri kursus tersebut yang dibahagikan kepada peringkat eksekutif dan kakitangan penilai barang gadaian, yang mana pihak pengurusan kanan sendiri perlu menghadiri kursus tersebut.

“Bagaimanapun, latihan berlian ini diwajibkan ke atas kakitangan eksekutif sahaja tetapi kakitangan biasa boleh menyertainya dengan sukarela,” katanya sambil menyatakan kesemua peserta-peserta akan menghadiri kursus itu sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia yang menghadiri majlis pelancaran Kursus Pengredan Berlian oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail serentak dengan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Padang, Sumatera Barat yang diadakan di Jakarta, baru-baru ini.

Abd. Malek bersama 10 pegawai kanan Yapeim minggu lepas mengikuti kursus selama empat hari di institut pakar yang terkenal dalam pengujian ketulenan berlian itu.

Antara bidang menjadi kursus itu ialah mengenali berlian, mempelajari cara pengujian berlian menggunakan alat penguji dan juga didedahkan mengenai risiko pengurusan berlian dan emas.

“Sebenarnya Yapeim boleh mengadakan latihan di pusat berlian terkenal dunia seperti Cape Town atau Belgium tetapi memilih Indonesia kerana negara ini mempunyai sekretariat Ar-Rahnu yang memiliki kepakaran mengenai berlian,” katanya.

Menyentuh mengenai Ar-Rahnu, beliau berkata, pajak gadai berkonsep syariah itu merupakan yang pertama diperkenalkan di negara ini bagi membantu orang ramai mendapat pinjaman yang lebih baik daripada gadaian barangan mereka berbanding sistem gadaian konvensional.

“Pihak Bank Negara menetapkan pajak gadai konvensional boleh mengenakan kadar faedah sebanyak dua peratus sebulan atau 12 peratus setahun tetapi Yapeim hanya mengenakan kadar separuh daripada itu,” katanya.

Beliau berkata, atas faktor tersebut Ar-Rahnu juga mendapat sambutan daripada pelanggan bukan Islam kerana mereka yakin dengan keselamatan barangan gadaian di samping dikenakan faedah yang sangat rendah.

“Setakat ini, Ar-Rahnu mempunyai 59 cawangan dan jumlah itu akan ditambah kepada 100 cawangan tidak lama lagi,” kata Abd. Malek.

Ar-Rahnu telah memulakan operasinya sejak 1993 dengan kerjasama Bank Rakyat dan kini menjalankan operasinya sendiri melalui Koperasi Yapeim. Sejak penubuhannya, Ar-Rahnu telah melibatkan pembiayaan terkumpul berjumlah RM4.7 bilion dan memberi manfaat kepada 3.7 penggadai.

Kesimpulannya, inisiatif Yapeim untuk memperkenalkan perkhidmatan gadaian baru ini sememangnya sesuatu yang harus dipuji kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi masyarakat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.

 

SERI MANJUNG – Selain menjalankan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah, Pajak Gadai Ar-Rahnu yang membuka cawangan di Seri Manjung turut menjadi tempat kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan.

Pengerusi syarikat berkenaan, Kasim Mohamad berkata, pembukaan cawangan Pajak Gadai Ar-Rahnu di sini adalah berlandaskan gabungan konsep al-Wadiah dan al-Qardhul Hassan di mana membolehkan pelanggan menyimpan barang berharga dengan jamin serta pinjaman tanpa mengenakan faedah.

Menurutnya, pihaknya memilih daerah ini bertujuan memudahkan ahlinya yang kebanyakannya tinggal di sini untuk memudahkan urusan mereka.

Kasim berkata, menerusi pembukaan cawangan itu, ia dapat membantu masyarakat semasa memerlukan wang segera dengan cara mudah, cepat dan telus menerusi cara syariah.

“Bukan itu sahaja malah kami membantu pelanggan membuat pembiayaan secara syariah, urusan secara telus serta mempunyai jaminan keselamatan bagi setiap barangan yang disimpan di Pajak Gadai Ar-Rahnu .

“Pajak Gadai Ar-Rahnu yang terletak berhampiran stesen bas Manjung ini dibuka pada Isnin hingga Jumaat dengan menyediakan perkhidmatan seperti gadai atau penyimpan barangan kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Pajak Gadai Ar-Rahnu, di sini, baru-baru ini.

“Bagi perancangan masa hadapan, pihak kami mungkin akan melebarkan sayapnya ke seluruh negeri Perak untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah kewangan,” katanya.

KOTA BHARU 28 Dis. – Muamalat Venture Capital Sdn. Bhd. dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah menandatangani perjanjian untuk berkerjasama mengikut konsep Syirkah Mutanaqisah bagi menguruskan perniagaan pajak gadai Ar-Rahn.

Perjanjian berkenaan antara anak syarikat milik penuh Bank Muamalat Malaysia Bhd. itu dengan PKB, yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dimeterai di sini semalam.
Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama menjalankan perniagaan pajak gadai Ar-Rahn di pekan Jelawat, Bachok dalam usaha PKB memperluaskan rangkaian pajak gadai Islam itu di dalam dan di luar Kelantan.

Ia melibatkan dana berjumlah RM5 juta dengan RM4.5 juta disumbangkan oleh Bank Muamalat, manakala baki RM500,000 merupakan sumbangan modal PKB, berdasarkan nisbah 90:10.
Sebuah jawatankuasa bersama pengurusan akan dibentuk bagi menguruskan perniagaan itu yang dijalankan berasaskan perkongsian keuntungan dan kerugian. Usahasama berkonsepkan Syirkah Mutanaqisah ini bermaksud perkongsian itu akan diakhiri dengan pemilikan penuh oleh salah satu pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Pada perjanjian itu Muamalat Venture Capital diwakili oleh Naib Presiden Kanan Bahagian Perbankan Korporat dan Pelaburan, Syed Abdull Aziz Jailani Syed Kechik, sementara PKB diwakili oleh Pengurus Besarnya, Sabri Abdullah sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Abdul Manaf Abdul Wahab.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Abdul Manaf berkata, usahasama pertama yang diperkenalkan oleh institusi perbankan tempatan itu diharap dapat menarik lebih banyak agensi kerajaan, swasta atau syarikat besar untuk turut serta.Katanya, skim pembiayaan yang diperkenalkan oleh Muamalat Venture di negara ini adalah selari dengan inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai hab pembiayaan Islam global.
Pelbagai pendekatan perlu dilakukan bagi menghadapi persaingan sengit dalam sektor perbankan Islam di negara ini, katanya.

Pada masa ini, terdapat 11 institusi perbankan Islam di negara ini dengan lapan daripadanya merupakan bank tempatan, manakala tiga lagi adalah bank antarabangsa. Abdul Manaf berkata, penerimaan masyarakat di negara ini terhadap produk- produk yang diperkenalkan oleh Bank Muamalat amat menggalakkan.

jana rm3150 seminggu di http://www.shamelin912.com

Carian Emas
Artikel Emas
Navigasi Emas
Bicara Emas

Masa Itu Emas
March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031